Skip to content

Siaran_Media

  • by

TFP Melanjutkan Pemberian Diskaun Runcit Kepada Pekerja Kesihatan Kerana Sambutan Yang Menggalakkan, Lebih RM200,000 Diskaun Diberikan Setakat Ini.

Pekerja kesihatan dapat menikmati diskaun tambahan 10% untuk pembelian barangan runcit di cawangan Village Grocer, Ben's Independent Grocer (B.I.G.), BSC Fine Foods dan Pasaraya OTK

KUALA LUMPUR, 28 JUN 2021: Setelah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pekerja-pekerja kesihatan negara dan pemberian diskaun melepasi RM200,000, kumpulan pasar raya premium yang berkembang pesat di Malaysia, The Food Purveyor (TFP) akan melanjutkan pemberian diskaun 10 peratus sehingga hujung bulan Julai, 2021 – ditawarkan kepada semua pekerja kesihatan di semua cawangan TFP.

Pemberian diskaun barangan runcit tersebut telah diperkenalkan sejak 5 April 2020 dan terhad pada hari Ahad sahaja untuk tempoh enam minggu. Apabila negara sekali lagi menghadapi ribuan kes baharu Covid-19 pada awal 2021, TFP telah melancarkan semula pemberian diskaun tersebut sejak 18 Januari 2021.

Pada April 2021, TFP telah menambah hari pemberian diskaun kepada setiap hari dan bukan pada hari Ahad sahaja. Lanjutan ini membolehkan para pekerja kesihatan negara menggunakan pemberian tersebut sepenuhnya. Sehingga kini, lebih daripada 10,000 pekerja kesihatan telah menikmati pemberian diskaun tersebut, dengan jumlah pemberian diskaun melebihi RM200,000.

Semua doktor, jururawat, ahli farmasi dan petugas kesihatan layak menikmati 10 peratus diskaun untuk pembelian di semua cawangan Village Grocer, Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), BSC Fine Foods dan Pasaraya OTK. Mereka hanya perlu menunjukkan bukti pekerjaan melalui ID (kad pekerja) di kaunter pembayaran.

“Sudah lebih daripada setahun sejak perintah kawalan pergerakan yang pertama dilaksanakan. Kita memahami dan menyaksikan para pekerja kesihatan bertungkus-lumus melawan Covid-19. Samada melakukan ujian Covid, merawat pesakit, memberi vaksin untuk melindungi – pekerja kesihatan mempertahankan negara kita setiap hari.


Pemberian diskaun 10 peratus tersebut merupakan sumbangan kecil daripada kami sebagai tanda kasih kepada semua pekerja kesihatan yang telah memberikan servis yang terbaik kepada rakyat dan negara ini,” kata Geoff King, Ketua Pegawai Eksekutif TFP.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemberian diskaun tersebut, sila layari www.villagegrocer.com.my , www.big.com.my dan https://bscfinefoods.com/ .

* Tawaran ini hanya sah untuk pembelian di semua pasaraya yang diuruskan oleh The Food Purveyor terletak di Lembah Klang dan Johor. Tidak sah dengan pembelian yang dibuat dalam talian, melalui BITES Shop, atau melalui perkhidmatan penghantaran pihak ketiga. Tawaran ini tidak boleh digabungkan dengan potongan lain, keahlian atau promosi BITES dan tidak boleh digunakan untuk membeli minuman keras, tembakau, barang-barang tidak halal dan konsesi.

-TAMAT-

Untuk pertanyaaan media, sila hubungi pr@thefoodpurveyor.com .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *