Terms & Conditions

Program Ganjaran Bites oleh The Food Purveyor

Terma & Syarat

1. Keahlian
(a) Bites ialah program kesetiaan & ganjaran digital yang disediakan oleh The Food Purveyor (“Program”) milik TFP Retail Sdn. Bhd (“Syarikat”). Penerimaan mana-mana orang ke dalam Program akan tertakluk pada kelulusan Syarikat dan setelah diterima oleh Syarikat, penyertaan oleh mana-mana orang tersebut (“Ahli”) dalam Program akan tertakluk pada terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen ini. Program ini terbuka kepada semua pelanggan di pasar raya yang mengambil bahagian dalam Program (“Pasar Raya”) yang terletak di Malaysia.

(b) Mana-mana individu yang ingin menyertai Program boleh memuat turun “Aplikasi Bites oleh The Food Purveyor” (“Aplikasi”) dan melengkapkan pendaftaran daripada saluran yang tersedia (Aplikasi Mudah Alih) yang ditetapkan oleh Syarikat dan akan diberikan kad maya yang dikenali sebagai Bites (“Kad”) secara percuma.

(c) Umur minimum untuk menyertai Program ialah 18 tahun dan ke atas.

(d) Kad tidak berfungsi sebagai kad kredit, kad debit atau apa-apa bentuk kad caj dan tidak boleh dipindah milik. Penggunaan Kad terhad semata-mata kepada orang yang diberikan Kad dan bagi kegunaan yang berkaitan dengan Program sahaja.

(e) Ahli menjamin dan menyatakan kepada Syarikat bahawa butiran dan maklumat yang didaftarkan dalam Aplikasi atau melalui Meja Bantuan adalah benar, tepat dan lengkap sepanjang pengetahuan dan pertimbangan mereka.

(f) Ahli boleh meminda maklumat peribadi mereka melalui Aplikasi.

(g) Program akan terus menjadi hak milik Syarikat dan mesti diserahkan kepada Syarikat dengan serta-merta apabila diminta. Syarikat boleh, mengikut budi bicara penuhnya, menamatkan keahlian atau Program atau penggunaan Kad oleh mana-mana Ahli pada bila-bila masa tanpa notis atau sebab.

(h) Penggunaan Aplikasi oleh Ahli akan membentuk penerimaan terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen ini, dalam Aplikasi dan dalam Kad.

(i) Setiap individu hanya layak mendapat satu keahlian.

2. Pengumpulan Mata Bites
(a) Syarikat akan menetapkan jenis barangan (“Pembelian Layak”) dari semasa ke semasa yang akan melayakkan Ahli untuk mendapat mata (“Mata Bites”) selepas pembelian barangan itu di mana-mana Pasar Raya yang mengambil bahagian.

(b) Ahli akan dianugerahkan SATU (1) Mata Bites bagi setiap transaksi yang bernilai Dua Ringgit Malaysia (RM2.00) (tidak termasuk semua cukai). Apa-apa perbelanjaan yang kurang daripada Dua Ringgit Malaysia (RM2.00) dalam transaksi tunggal tidak layak menerima apa-apa Mata Bites.

(c) Bilangan Mata Bites yang diperoleh oleh Ahli adalah berbeza mengikut jenis Pembelian Layak, amaun yang dibelanjakan dan kedai tempat transaksi dijalankan.

(d) Ahli hendaklah mengemukakan Kad kepada juruwang di Pasar Raya yang berkenaan sebelum membuat pembayaran bagi pembelian itu, jika gagal, Mata Bites mungkin tidak dikreditkan ke dalam Kad. Apa-apa pembelian selain Pembelian Layak tidak akan dianugerahkan apa-apa Mata Bites, melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh Syarikat.

(e) Dalam kes apabila Pembelian Layak telah dibuat tetapi tidak direkodkan, Ahli akan diminta untuk memberikan bukti pembelian termasuk resit sebelum Mata Bites boleh dianugerahkan. Syarikat berhak menerima atau menolak bukti tersebut mengikut budi bicara mutlaknya, Tuntutan terhadap Mata Bites yang tidak direkodkan tidak akan dilayan jika tidak dibuat pada hari yang sama pembelian dibuat.

(f) Selepas Kad Maya dikreditkan Mata Bites yang sepadan dengan Pembelian Layak, resit transaksi yang disediakan oleh juruwang di kaunter bayaran akan diberikan kepada Ahli. Resit transaksi akan menjadi rekod muktamad bagi Pembelian Layak yang dibuat untuk mendapatkan Mata Bites.

(g) Mata Bites yang diperoleh dan dikreditkan ke dalam Kad tidak boleh dipindahkan atau diserahkan kepada Kad lain atau apa-apa Kad lain yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Syarikat. Tindakan menggabungkan atau mengumpulkan Mata Bites dengan Kad lain juga dilarang. Selain manfaat yang disediakan dalam Perjanjian ini, Mata Bites tidak mempunyai nilai tunai atau wang.


(h) Item berikut tidak termasuk dalam pengiraan mata:
(i) apa-apa baucar hadiah yang dibeli, tambah nilai kredit prabayar, IDD, permainan dalam talian, e-dompet dan Touch ‘n Go;
(ii) apa-apa pembelian oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak mengambil bahagian yang dikemas kini dalam Aplikasi;
(iii) caj penghantaran, caj baik pulih & perkhidmatan
(iv) duti setem & pembayaran mudah;
(v) apa-apa jenis cukai; dan
(vi) apa-apa resit yang mengandungi item yang dibayar balik.

(i) Syarikat berhak untuk menentukan, mengubah atau menukar dari semasa ke semasa jenis barangan dan perkhidmatan yang membentuk Pembelian Layak dan/atau bilangan mata yang akan dianugerahkan bagi setiap jenis Pembelian Layak tanpa notis terdahulu atau memberikan walau apa jua sebab sekalipun.

(j) Semua Mata Bites yang dikumpulkan dalam Kad hanya sah untuk tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh dianugerahkan (“Tempoh Sah”). Sekiranya tidak digunakan dalam Tempoh Sah, Mata Bites akan dibatalkan (“mata tamat tempoh”) tanpa notis kepada Ahli.

3. Penebusan
(a) Mata Bites yang mencukupi dan dikumpulkan secara sah oleh Ahli dalam Kad mereka menurut terma yang dinyatakan dalamnya boleh melayakkan Ahli untuk menebus item (“Item Boleh Tebus”), seperti yang akan ditetapkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa. Item Boleh Tebus akan disenaraikan dalam Panduan Ganjaran yang tersedia pada Aplikasi Mudah Alih “Aplikasi” dan akan tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalamnya. Keupayaan untuk menebus mana-mana item disebut sebagai “Ganjaran”.

(b) Semua Item Boleh Tebus tertakluk pada ketersediaan item tersebut. Syarikat mempunyai hak mutlak untuk menggantikan mana-mana Item Boleh Tebus dengan item lain yang sama nilai sekiranya item itu kehabisan stok atau tidak tersedia walau atas apa jua sebab sekalipun.

(c) Selepas penebusan Item Boleh Tebus, Mata Bites yang sepadan seperti yang dinyatakan dalam Panduan Ganjaran sedia ada akan ditolak daripada kad Ahli dengan sewajarnya.

(d) Ahli boleh mengambil Item Boleh Tebus yang dinyatakan dalam Panduan Ganjaran sedia ada (tidak termasuk item yang boleh ditebus di Pasar Raya) di kedai yang ditetapkan. Semua Item Boleh Tebus akan disediakan pada asas “seperti adanya” oleh pengilang dan tidak akan termasuk apa-apa kos pemasangan, bateri dan aksesori lain.

(e) Ahli boleh merujuk Panduan Ganjaran untuk melihat item yang tersedia untuk penebusan. Item Boleh Tebus yang dinyatakan dalam Panduan Ganjaran adalah bagi tujuan maklumat sahaja dan tidak akan ditafsirkan sebagai membentuk apa-apa pernyataan atau jaminan terhadap ketersediaannya. Selain itu, Syarikat tidak memberikan jaminan berhubung dengan kualiti Item Boleh Tebus atau kesesuaiannya bagi apa-apa tujuan. Jika Item Boleh Tebus dilindungi di bawah apa-apa jaminan pembekal atau pengilang, apa-apa pertikaian atau tuntutan hendaklah dimajukan terus kepada pembekal atau pengilang yang berkenaan.

(f) Syarikat tidak menerima walau apa jua liabiliti sekalipun berhubung dengan Item Boleh Tebus atau yang berkaitan dengan apa-apa keengganan oleh pembekal Item Boleh Tebus untuk menerima sijil/baucar yang dikeluarkan bagi tujuan menebus Ganjaran tersebut. Apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan sijil/baucar tersebut adalah antara Ahli dengan pembekal semata-mata.

(g) Bagi Item Boleh Tebus yang telah ditebus atau perlu diambil di Pasar Raya yang mengambil bahagian atau pembekal Ganjaran, Ahli hendaklah menunjukkan beberapa bentuk pengenalan diri sebelum pengambilan tersebut dan hendaklah mematuhi apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Pasar Raya yang mengambil bahagian atau pembekal Ganjaran tersebut. Selepas ditebus, Ganjaran tidak boleh dibatalkan, ditukar, dipulangkan atau dibayar balik. Dalam semua keadaan, apa-apa penolakan Mata Bites daripada akaun Ahli tidak akan dipulangkan semula.
(h) Ahli bertanggungjawab untuk memeriksa Item Boleh Tebus bagi apa-apa kecacatan atau kerosakan dengan serta-merta selepas diterima serta mengesahkan kandungan di dalamnya. Jika Item Boleh Tebus atau pembungkusannya didapati rosak, cacat atau kandungan di dalamnya tidak lengkap/rosak, Ahli berhak menolak Item Boleh Tebus dan segera memulangkannya kepada orang yang bertanggungjawab di Pasar Raya atau kedai pembekal.

(i) Dengan tidak menyentuh apa-apa peruntukan berlawanan, Syarikat berhak untuk tidak menyediakan apa-apa penggantian bagi mana-mana Item Boleh Tebus jika pada pendapat Syarikat, kerosakan pada Item Boleh Tebus berpunca daripada kecuaian atau tindakan sengaja Ahli.

(j) Syarikat atau wakilnya tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kematian atau kecederaan atau kerugian turutan atau apa-apa jenis kerosakan yang timbul daripada penggunaan, kehilangan, kecurian atau kemusnahan Item Boleh Tebus. Semua tuntutan sedemikian hendaklah ditujukan atau dimajukan kepada pengilang atau pembekal Item Boleh Tebus tersebut.

(k) Dengan tidak menyentuh apa-apa peruntukan lain dan tanpa menjejaskan apa-apa hak dan remedi lain yang dinyatakan dalam dokumen ini, Syarikat berhak untuk menolak Mata Bites yang terkumpul daripada Kad atau menolak penebusan apa-apa Item Boleh Tebus atau menarik balik Item Boleh Tebus tersebut atau menolak apa-apa penebusan baucar di bawah keadaan berikut:
(i) Mata Bites disyaki diperoleh atau direkodkan secara penipuan;
(ii) Mata Bites telah tersilap diberikan akibat ralat sistem atau apa-apa sebab teknikal lain di luar kawalan Syarikat;
(iii) Mata Bites diperoleh daripada apa-apa transaksi yang telah dibatalkan atau dibayar balik; atau
(iv) Mata Bites diperoleh daripada pembelian inventori dan stok oleh Ahli yang dilantik untuk mengendalikan, menguruskan atau bekerja di Pasar Raya yang mengambil bahagian.

(l) Syarikat berhak untuk, tanpa notis terdahulu dan tanpa memberikan walau apa jua sebab sekalipun, menentukan dan menukar dari semasa ke semasa:
(i) ganjaran yang ditawarkan dalam Program seperti yang disenaraikan dalam Panduan Ganjaran atau dalam apa-apa dokumen yang berkaitan; dan
(ii) Mata Bites yang layak yang diperlukan untuk menebus Item Boleh Tebus tertentu.

4. Variasi Am
(a) Akses anda kepada, dan penggunaan bahan yang terkandung dalam dokumen ini, adalah bergantung pada penerimaan dan pematuhan oleh anda terhadap terma, syarat, notis dan penafian yang terkandung dalam dokumen ini atau apa-apa dokumen Iain yang berkaitan dalam Program.

(b) Syarikat boleh, dari semasa ke semasa, tanpa memberikan notis terdahulu kepada Ahli, mengubah, menambah atau meminda terma dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini. Dengan terus menggunakan Kad, Ahli akan dianggap telah menerima variasi, penambahan dan/atau pindaan terhadap terma dan syarat dalam dokumen ini.

(c) Bagi menambah baik aplikasinya, Aplikasi akan sentiasa dikemas kini, dan penting agar Ahli menggunakan versi Aplikasi yang terkini. Oleh itu, Ahli diminta supaya sentiasa mengemas kini Aplikasi dalam peranti mudah alih mereka dan mengikuti perkembangan terma dan syarat terkini yang berkaitan dengan keahlian, Mata Bites yang tersedia, baucar, kesahan ganjaran dan mata yang akan tamat tempoh. Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kelayakan Ahli sekiranya kelayakan tersebut hilang akibat tidak mengemas kini Aplikasi.

(d) Anda diwajibkan untuk memastikan versi aplikasi mudah alih Bites pada telefon bimbit anda adalah terkini untuk menerima kemas kini terbaru dan mengambil maklum tentang terma dan syarat keahlian terkini, baki mata anda, baucar, kesahan ganjaran dan mata yang akan tamat tempoh tidak lama lagi seperti yang ditunjukkan dalam aplikasi mudah alih Bites. Syarikat berhak menolak apa-apa permintaan atau aduan terhadap kesahan mata, baucar, lanjutan atau pengembalian semula ganjaran mengikut budi bicara mutlaknya.

5. Penyertaan Syarikat dalam Program
(a) Syarikat berhak menjemput mana-mana pihak ketiga untuk mengambil bahagian dalam Program. Dalam keadaan tersebut, Syarikat berhak meminda syarat Program untuk memenuhi perjanjian Syarikat dengan pihak ketiga tersebut, termasuk tetapi tidak terhad pada, terma dan syarat berhubung dengan penganugerahan Mata Bites yang berkaitan dengannya.

(b) Syarikat akan mematuhi sepenuhnya hak Ahli seperti yang diperuntukkan dalam Notis Privasi Data Peribadi (“Notis”) menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

(c) PDPA mengawal pemprosesan data peribadi Ahli (“Data Peribadi”) oleh Syarikat. Notis ini dikeluarkan kepada Ahli untuk memaklumkan bahawa inilah asas dalam pengurusan pemprosesan Data Peribadi oleh Syarikat.

(d) Berhubung dengan Program dan Kad, Ahli mungkin telah memberikan kepada Pihak Ketiga yang mengambil bahagian, Data Peribadi Ahli yang termasuk, tetapi tidak terhad pada:
(i) maklumat peribadi seperti nama penuh, tarikh lahir, umur, jantina, kewarganegaraan, bangsa, tempat kerja, kad pengenalan (KP) atau nombor pasport yang dikeluarkan oleh kerajaan, data biometrik, gambar dan maklumat berkaitan pendapatan;
(ii) maklumat hubungan, termasuk alamat kediaman, surat-menyurat, pengebilan, nombor telefon peribadi, nombor faksimile, alamat e-mel;
(iii) maklumat transaksi dan kewangan, termasuk tetapi tidak terhad pada, tujuan transaksi, sejarah transaksi, jenis Perkhidmatan yang diminta, enam (6) digit pertama dan empat (4) digit terakhir Kad Kredit/Debit yang dipilih, maklumat baucar hadiah dan e-dompet, termasuk nombor e-dompet;
(iv) pilihan dan minat peribadi, termasuk tingkah laku selepas transaksi dan perbelanjaan, termasuk maklum balas dan pendapat seperti testimoni, ulasan dan penilaian produk dan perkhidmatan kami;
(v) maklumat berkaitan peranti seperti maklumat perkakasan, nombor IMEI, UUID (pengenal pasti unik), model peranti mudah alih, nombor siri versi aplikasi, versi perisian semasa, kod negara mudah alih, kod rangkaian mudah alih, versi sistem operasi peranti, tetapan peranti yang digunakan untuk mengakses Aplikasi dan Laman Web Bites; dan
(vi) maklumat yang berkaitan dengan log masuk seperti maklumat pelayar, maklumat geolokasi, maklumat alamat IP, masa dan tempoh anda menggunakan Aplikasi dan Laman Web Bites, diagnostik, ralat teknikal, paparan halaman maklumat penggunaan, sejarah kemas kini profil dan penukaran kata laluan.

(e) Ahli wajib memberikan semua data peribadi yang diminta dalam dokumen ini, jika gagal, Syarikat tidak dapat memberikan perkhidmatan penuh kepada Ahli. Jika perkara ini berlaku, perkhidmatan yang tersedia kepada Ahli di bawah Program mungkin terhad dan Syarikat tidak akan bertanggungjawab kerana tidak memaklumkan kemas kini, ganjaran dan/atau Mata Bites kepada Ahli.

(f) Dengan mengambil bahagian dalam Program, Ahli dengan ini bersetuju bahawa Data Peribadi boleh digunakan oleh Syarikat bagi tujuan berikut:
(i) untuk mengaitkan Kad dengan Ahli yang berkenaan dan mengemas kini maklumat berkaitan;
(ii) untuk memproses permohonan oleh Ahli untuk perkhidmatan berkaitan;
(iii) untuk menguruskan, mengendalikan dan menyenggara akaun Ahli, termasuk audit dan pelaksanaan hak Syarikat di bawah terma dan syarat;
(iv) untuk mereka bentuk perkhidmatan baharu atau menambah baik perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh Syarikat dan sekutu kami;
(v) untuk komunikasi secara bersemuka antara Syarikat dengan Ahli;
(vi) untuk menyiasat aduan tentang transaksi yang mencurigakan;
(vii) untuk mengelakkan atau menghalang transaksi jenayah atau transaksi bersifat penipuan; dan
(viii) untuk mendedahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan, kod atau garis panduan; dan
(ix) untuk mengumpulkan data bagi tujuan penyelidikan dan penambahbaikan Program.

(g) Walaupun Data Peribadi Ahli akan kekal dirahsiakan oleh Syarikat, dengan mengambil bahagian dalam Program, Ahli bersetuju bahawa bagi tujuan seperti yang dinyatakan di atas, Syarikat boleh memindahkan atau mendedahkan Data Peribadi tersebut kepada pihak berikut di dalam atau di luar Malaysia:
(i) mana-mana syarikat yang mengambil bahagian dan mempunyai kewajipan kerahsiaan kepada Syarikat dan telah dipilih oleh Ahli untuk mendaftar, menebus, menggunakan atau membeli perkhidmatan atau produk mereka melalui Kad atau Program;
(ii) ejen atau kontraktor Syarikat yang mempunyai kewajipan kerahsiaan kepada Syarikat dan menyediakan perkhidmatan pentadbiran, telekomunikasi, pemprosesan data atau perkhidmatan Iain berhubung dengan operasi Kad, Program atau perniagaan Syarikat (seperti tetapi tidak terhad pada penasihat profesional, penyedia perkhidmatan pusat panggilan pelanggan, pusat penebusan hadiah atau syarikat kemasukan data);
(iii) mana-mana sekutu kami yang mempunyai kewajipan penjagaan kepada Syarikat; dan
(iv) mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang dan/atau badan kawal selia untuk pematuhan terhadap undang-undang, peraturan, kod dan/atau garis panduan yang terpakai dan/atau mana-mana orang atau entiti yang Syarikat dan/atau sekutunya mempunyai obligasi mengikat untuk membuat pendedahan di bawah keperluan apa-apa undang-undang, peraturan, kod dan/atau garis panduan dan/atau perintah mana-mana mahkamah yang kompeten, agensi penguatkuasaan undang-undang dan/atau badan kawal selia.

(h) Walaupun tiada apa-apa dalam terma dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini akan mengehadkan hak anda di bawah PDPA, anda juga berhak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda pada bila-bila masa selepas dari ini menurut mana-mana undang-undang yang terpakai.

(i) Ahli boleh:
(a) mengakses data peribadi mereka yang disimpan dengan Bites; atau
(b) menguatkuasakan apa-apa pindaan padanya; atau
(c) memberikan apa-apa maklum balas kepada Syarikat
dengan menghubungi kami melalui e-mel di dpo@thefoodpurveyor.com atau menghubungi kami di alamat berikut:
Pegawai Perlindungan Data
TFP RETAIL SDN. BHD.
D-1-5, Sunway Nexis,
No.1, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
No. Telefon: 603-6143 1366

6. Pengecualian Liabiliti
(a) Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan Mata Bites yang terkumpul atau kerugian atau kerosakan yang dialami akibat apa-apa kecacatan atau ralat pada apa-apa mesin atau ketakupayaan untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau data daripada sistem komputer yang di luar kawalan Syarikat.

(b) Tanpa menjejaskan apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini, liabiliti Syarikat kepada Ahli yang timbul daripada penggunaan Kad atau penebusan ganjaran yang tidak boleh dikecualikan oleh undang-undang, akan dihadkan kepada pengembalian semula Mata Bites atau kos bagi ganjaran tersebut seperti yang akan ditentukan oleh Syarikat mengikut budi bicaranya.

(c) Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Ahli akibat apa-apa tindakan atau peninggalan oleh ejen yang dilantik dan kontraktor atau pembekal Syarikat, termasuk tanpa had, apa-apa keengganan untuk meluluskan atau menerima Kad atau apa-apa pernyataan atau komunikasi yang dibuat yang berkaitan dengan dokumen ini atau apa-apa barangan atau perkhidmatan yang rosak atau tidak mencukupi yang dibekalkan. Apa-apa pertikaian atau tuntutan yang ada pada Ahli dengan atau terhadap ejen yang dilantik dan kontraktor atau pembekal Syarikat tidak akan mempengaruhi obligasi Ahli yang diperuntukkan dalam terma dan syarat dalam dokumen ini.

(d) Semua syarat dan jaminan, sama ada nyata atau tersirat dan sama ada timbul daripada apa-apa perundangan atau selainnya, berhubung dengan keadaan, kesesuaian, kualiti, kelayakan atau keselamatan apa-apa barangan dan/atau perkhidmatan yang dibekalkan berkaitan dengan Kad dengan nyatanya dikecualikan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

(e) Syarikat tidak akan bertanggungjawab walau dengan apa jua cara sekalipun terhadap apa-apa ralat, kelewatan, kerugian atau kerosakan, yang mungkin disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kerosakan, kegagalan peralatan, mesin atau pemproses; atau pertikaian industri, perang, bencana alam, penutupan akibat pandemik, kegagalan sistem dan apa-apa yang di luar kawalan Syarikat.

(f) Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau ganti rugi yang dialami oleh Ahli akibat sebab yang berikut:
(i) apa-apa kegagalan oleh pembekal Item Boleh Tebus untuk mematuhi terma dan syarat yang telah dipersetujui olehnya untuk diberikan;
(ii) apa-apa pernyataan, komunikasi atau implikasi dalam apa-apa bentuk yang timbul daripada apa-apa pembatalan, penggantungan atau sekatan terhadap penggunaan Kad; dan
(iii) apa-apa kegagalan atau peninggalan untuk memaklumkan Ahli tentang apaapa perubahan terhadap terma dan syarat dalam dokumen ini, Panduan Ganjaran, syarikat yang mengambil bahagian, Pembelian Layak dan Mata Bites yang dianugerahkan untuk Pembelian Layak.
7. Pertikaian
Apa-apa tuntutan atau pertikaian yang berkaitan dengan Program, atau penggunaan Kad hendaklah dirujuk terus kepada Syarikat. Keputusan Syarikat adalah muktamad dan mengikat ke atas Ahli.
8. Penamatan
Syarikat berhak membatalkan atau menamatkan Program pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab. Selepas pemberitahuan tentang pembatalan atau penamatan itu, Ahli mempunyai TIGA PULUH (30) hari dari tarikh notis atau tempoh seperti yang akan dinyatakan oleh Syarikat dalam notis tersebut, untuk menebus Mata Bites yang terkumpul bagi Ganjaran yang tersedia. Selepas tamat tempoh notis yang dinyatakan di atas, apa-apa Mata Bites yang masih ada dalam Kad Ahli akan dianggap terbatal dan tidak sah. Syarikat tidak mempunyai obligasi atau liabiliti berhubung dengan Mata Bites, melalui pampasan atau sebalikya, kepada Ahli dan Ahli tidak boleh membuat walau apa jua tuntutan lanjut kepada Syarikat.

 

9. Hal Lain
(a) Notis kepada Ahli akan dianggap telah disampaikan sewajarnya selepas memuat naik Notis tersebut melalui Aplikasi atau versi Aplikasi yang terkini atau melalui notis bertulis yang dipamerkan di pasar raya atau kedai yang mengambil bahagian atau pembekal Ganjaran.

(b) Walau apa pun yang terkandung dalam dokumen ini, hak dan kelayakan Syarikat akan terus berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya dan boleh terus dikuatkuasakan apabila berlaku apa-apa pembatalan atau penggantungan Program, penggunaan Kad atau perkara yang berkaitan dengan penyertaan Ahli dalam Program.

(c) Ketaksahan atau tidak boleh kuat kuasa apa-apa peruntukan dalam dokumen ini atau apa-apa bahagiannya secara keseluruhannya tidak akan membatalkan terma dan syarat dalam dokumen ini. Peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan bagi terma dan syarat dalam dokumen ini tidak akan menjejaskan terma dan peruntukan lain yang terkandung yang akan terus berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya.

(d) Terma dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini adalah sebagai tambahan dan tidak menjejaskan apa-apa perjanjian atau pengaturan khusus berhubung dengan Program pada masa ini atau selepas ini, dan dari semasa ke semasa, yang wujud antara Syarikat dengan Ahli atau apa-apa terma dan syarat yang mungkin dinyatakan dalam apa-apa komunikasi bertulis yang dihantar oleh Syarikat kepada Ahli dari semasa ke semasa.

(e) Apa-apa penyalahgunaan atau penipuan berhubung dengan Mata Bites di bawah Program atau penebusan Ganjaran akan menyebabkan pembatalan penyertaan Ahli dalam Program, pembatalan Kad dan pembatalan Mata Bites atau pemulangan Ganjaran yang ditebus (atau pampasannya yang munasabah).

(f) Syarikat berhak untuk membatalkan apa-apa Kad yang tidak digunakan bagi apa-apa tempoh berterusan selama DUA BELAS (12) bulan dan melucut hak apa-apa Mata Bites yang terkumpul di bawahnya.

(g) Tertakluk pada hak Ahli yang diperuntukkan dalam Akta PDPA dan tertakluk pada terma dan syarat yang diperuntukkan dalam dokumen ini, Syarikat berhak untuk menyerah hak, pada bila-bila masa, kepada mana-mana sekutu atau pihak ketiga, pemilikan Kad dan/atau akaun Ahli berhubung dengan Program dan/atau apa-apa hak, obligasi atau liabilitinya di bawah ini, tanpa kebenaran Ahli.

(h) Undang-undang Malaysia akan mengawal terma dan syarat dalam dokumen ini antara Syarikat dengan Ahli. Semua pihak dengan ini secara muktamad mematuhi bidang kuasa Mahkamah Malaysia.


(Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong)

 

Bites by The Food Purveyor Reward Programme

Terms & Conditions

1. Membership

(a) The Bites is a digital loyalty & reward programme provided by The Food Purveyor (“the Programme”) proprietary to TFP Retail Sdn. Bhd (“the Company”). Acceptance of any person(s) to the Programme shall be subject to the approval of the Company and once accepted by the Company, participation by any such person (“the Member”) in the Programme shall be subject to the terms and conditions contained herein. The Programme is open to all shoppers of supermarkets participating in the Programme (“Supermarket”) situated in Malaysia.

(b) Any individual desiring to participate in the Programme may download the “Bites by the Food Purveyor App (“the App”) and complete the registration from available channels (Mobile App) prescribed by the Company and shall be issued with a virtual card known as Bites (“the Card”), free of charge.

(c) The minimum age to participate in the Programme shall be aged 18 years old and above.

(d) The Card does not operate as a credit card, debit card or any form of charge card and is non-transferable. The use of the Card is solely restricted to the person to whom the Card is issued and for use in connection with the Programme only.

(e) The Member warrants and represents to the Company that the details and particulars registered in the App or via Help Desk shall be true, accurate and complete to the best of their information, knowledge and belief.

(f) The Member may amend their personal particular via the App.

(g) The Programme shall always remain the property of the Company and must be surrendered to the Company immediately upon request. The Company may, at its sole discretion, terminate the membership or Programme or the use of the Card by any Member at any time without notice or reason.

(h) Use of the App by the Member shall constitute acceptance of these terms and conditions contained herein, in the App and in the Card.

(i) Every individual shall only be entitled to one membership each.


2. Accumulation of Bites Points

(a) The Company shall designate from time to time the type of merchandise (“Qualifying Purchase”) which shall entitled the Members to earn points (“Bites Points”) upon its purchase from any participating Supermarkets.

(b) The Member shall be awarded ONE (1) Bites Point for every transaction with a value of Ringgit Malaysia Two (RM2.00) (exclusive of all taxes). Any spending of less than Ringgit Malaysia Two (RM2.00) in a single transaction shall not qualifying for any Bites Points.

(c) The number of Bites Points earned by the Member shall vary on the type of Qualifying Purchase, the amount spent and the outlets where the transaction was made.

(d) The Member shall present the Card to the cashier at the respective Supermarkets prior to the payment made for the purchase, failing which, Bites Points may not be credited into the Card. Any purchases other than the Qualifying Purchases shall not be awarded any Bites Points, unless otherwise notified by the Company.

(e) In the case where Qualifying Purchases were made but were not recorded, the Member shall be required to provide proof of purchase including receipts before Bites Points may be awarded. The Company shall reserve the right to accept or reject such proof at its absolute discretion. Claims for Bites Points omitted from recorded shall not be entertained if the claim is not made within the same day of purchase.

(f) Upon the Virtual Card being credited with Bites Points corresponding to the Qualifying Purchases, a transaction receipt prepared by the cashier at the checkout counter shall be issued to the Member. Such transaction receipt shall be conclusive record of the Qualifying Purchases made as for the Bites Points.

(g) The Bites Points earned and credited into the Card cannot be transferred or assigned to another Card or any other Card issued by or on behalf of the Company. It shall also be prohibited from combining or aggregating with the Bites Points of another Card. Other than the benefits provided in this Agreement, Bites Points shall have no cash or monetary value.

(h) The following items are not included in the points’ calculation:

(i) any gift vouchers purchased, reload of mobile, IDD, online game, e-wallet and Touch ’n Go;
(ii) any purchases any non-participating 3rd parties updated in the App;
(iii) delivery charges, repair & service charges
(iv) stamp duty & easy payment;
(v) any form of taxes; and
(iv) any receipt containing refund items.

(i) The Company reserves the right to determine, vary or change from time to time the type of goods and services constituting the Qualifying Purchase and/or number of points to be awarded for each of each type of Qualifying Purchases without prior notice or assigning any reasons whatsoever.

(j) All Bites Points accumulated in the Card shall only be valid for a period of twelve (12) months from date they are awarded (“Validity Period”). In the event they are not utilized within the Validity Period, they shall be cancelled (“expired points”) without notice to the Member.


3. Redemption

(a) Sufficient Bites Points validly accumulated by the Member in their Card in accordance with the terms stated therein may entitled the Member to redeem for such items (“Redeemable Items”), as the Company shall designate from time to time. The Redeemable Items shall be listed in the Rewards Guide available at “The App” Mobile App and shall be subject to the terms and conditions stated therein. The ability to redeem any items shall be termed “Rewards”.

(b) All Redeemable Items are subject to availability of such items. The Company has the absolute right to substitute any Redeemable Items with other items of similar value in the event they are out of stock or unavailable for whatsoever reason.

(c) Upon redemption of any Redeemable Items, the corresponding Bites Points as stated in the prevailing Reward Guide shall be deducted from the Member’s card accordingly.

(d) The Member may collect such Redeemable Items specified in the prevailing Rewards Guide (excluding items redeemable from Supermarket) from the designated outlets. All Redeemable Items shall made available on a “as is where is” from the manufacturer and shall exclude any installation cost, batteries, and other accessories.

(e) The Member may refer to the Rewards Guide for items available for redemption. The Redeemable Items stated in the Reward Guide shall be for the purpose of information only and shall not be construed as constituting any representation or warranty as to their availability. Further, the Company gives no warranty with respect to the quality of the Redeemable Items or their suitability for any purpose. Where the Redeemable Items are covered under any suppliers’ or manufacturers’ warranty, any disputes or claims shall be forwarded directly to the supplier or manufacturers concerned.

(f) Company does not accept any liability whatsoever with respect to Redeemable Items or in connection with any refusal by supplier of Redeemed Items to accept certificates/vouchers issued for the purpose of redeeming such Rewards. Any dispute arising from or in connection with such certificates/vouchers shall be solely between the Member and such suppliers.

(g) For Redeemable Items that have been redeemed and are to be collected from participating Supermarket or supplier of Rewards, the Member shall have to show some form of identities prior to such collection and shall comply with any terms and conditions imposed by such participating Supermarket or supplier of Rewards. Rewards, once redeemed, shall not be entitled to be revoked, exchanged, returned, or refunded. In all circumstances, any deduction of Bites Points from the Member’s account shall not be reversed.


(h) The Member shall be responsible to examine the Redeemable Items for any defects or damage immediately upon receipt as well as to verify the contents therein. Where the Redeemable Items or its packaging is found to be damaged, defective or that the contents therein is incomplete/damage, the Member shall have the right to reject Redeemable Items and return immediately to the person in charge at the Supermarket or outlets of the supplier.

(i) Notwithstanding any provision to the contrary, the Company reserves the right not to provide any replacement for any Redeemable Items if in the opinion of the Company, the damage to Redeemable Item was attributable to the negligence or deliberate acts of the Member.

(j) The Company or its representative shall not be held liable for any death or injury or consequential loss or damage of any nature arising from the use, loss theft or destruction of the Redeemable Items. All such claims shall be directed or forwarded to the manufacturers or suppliers of such Redeemable Items.

(k) Notwithstanding any other provisions and without prejudice to any other rights and remedies stated herein, the Company reserves the right to deduct accumulated Bites Points from the Card or refuse the redemption of any Redeemable Items or to recall such Redeemable Items or reject any redemption of vouchers under the following circumstances:

(i) they are suspected of being obtained or recorded fraudulently;
(ii) they have been erroneously awarded due to system glitches or any technical other reasons beyond the control of the Company;
(iii) they are derived from any transaction, which has been cancelled, voided, refunded or reversed; or
(iv) they are derived from the purchase of inventory and stocks by the Member who appointed to operate, manage or work at participating Supermarket.

(l) The Company has the right, without prior notice and assigning any reasons whatsoever, to determine and change from time to time:

(i) the rewards offered in the Programme as listed in the Rewards Guide or in any related documents; and

(ii) the qualifying Bites Points required for the redemption of specific Redeemable Items.

4. General Variation

(a) Your access to, and use of the materials contained herein, is conditional upon your acceptance and compliance with the terms, conditions, notices and disclaimers contained in this document or any other related documents on the Programme.

 


(b) The Company may from time to time, without giving prior notice to the Member vary, add or amend the terms and conditions herein set out. By continuously using the Card, the Member shall be deemed to have accepted the variation, addition and/or amendments of the terms and conditions herein.

(c) To enhance its applications, the App will be constantly updated, and it is crucial that Member uses the latest version of the App. Members are therefore urged to update the App in their mobile devices regularly and be kept updated on the latest terms and conditions relating to the membership, points available Bite Points, vouchers, reward validity and points due to be expired. The Company shall not be liable for any entitlements of the Member in the event such entitlements are lost due to non-updating of the App.

(d) You are obligated to ensure Bites mobile application version on your mobile phone is the latest version for latest update and is self-aware of latest terms and conditions of membership, your points balance, vouchers, rewards validity and points expiring soon as shown in Bites mobile application. The company reserved the rights to reject any request or complaint for points validity, voucher, rewards extension or reinstatement at its absolute discretion.


5. Participation of Companies in the Programme

(a) The Company reserves the right to invite any third parties to participate in the Programme. In such event the Company shall be entitled to amend the terms of the Programme to accommodate the Company’s agreement with such third parties, including but not limiting, the terms and conditions relating to the award of Bites Points in relation thereto.

(b) The Company shall adhere strictly to the rights of the Member as provided in the Personal Data Privacy Notice (“the Notice”) in accordance with Personal Data Protection Act, 2010 (“PDPA”).

(c) The PDPA governs the processing of Member’s personal data (“Personal Data”) by the Company. This Notice is issued to Member to inform that this is the basis upon which the processing of the Personal Data shall be managed by the Company.

(d) In respect of the Programme and Card, the Member may have provided to the participating Third Parties, the Personal Data of the Member that includes, but is not limited to:

(i) personal details such as full name, date of birth, age, gender, nationality, race, place of employment, government national registration identity card (NRIC) or passport number, biometric data, photograph and income related information;
(ii) contact information, including residential, mailing, billing address, personal telephone number, facsimile number, email address;
(iii) transaction and financial details, including but not limited to, the purpose of transaction, transaction history, type of Services requested, first six (6) and last four (4) digits of selected Credit/Debit Card, gift voucher details and e-wallet information, including e-wallet number;
(iv) personal preference and interests, including post-transactions and spending behaviour; including feedbacks and opinions such as testimonies, reviews and rating of our products and services;
(v) device related information such as hardware information, IMEI number, UUID (unique identifier), mobile devices model, application version serial number, current software version, mobile country code, mobile network code, device operating system version, settings of the device used to access the App and the Bites Website; and
(vi) logged-in related information such as browser information, geolocation information, IP address information, time and duration of your use of the App and Bites Website, diagnostic, technical error, view of usage information page, history of profile updates and change of passwords.

(e) It is obligatory for Member to provide all of the personal data requested herein, failing which the Company shall be unable to provide full services to the Member. If this happens, the services available to the Member under the Programme may be restricted and the Company shall not be responsible for not informing the Member of updates, rewards and/or Bite Points of the Member.

(f) By participating in the Programme, Member hereby agree that the Personal Data may be used by Company for the following purposes:

(i) to associate the Card to the respective Member and to update relevant information;
(ii) to process the application by the Member for related services;
(iii) to management, operate and to maintain the accounts of the Member, including audit and exercising the rights of the Company under the terms and conditions;
(iv) to design new or improving existing services provided by Company and our affiliates;
(v) to communicate vis-à-vis the Company and the Member;
(vi) to investigate complaints on suspicious transactions;
(vii) to prevent or detect crime or fraudulent transactions; and
(viii) to disclose to the relevant authorities as required by law, rules, regulations, codes, or guidelines; and
(ix) to gather data for research purposed and for the improvement of the Programme.

(g) While the Member’s Personal Data shall be kept confidential by Company, by participating in the Programme, Member agrees that for the purposes set out as stated above, Company may transfer or disclose such Personal Data to the following parties within or outside of Malaysia:

(i) any participating companies which owe a duty of confidentiality to Company and which Member has selected to register, redeem, use, utilise or purchase their services or products via the Card or the Programme;

(ii) the Company’s agents or contractors under a duty of confidentiality to Company which are providing administrative, telecommunications, data processing or other services to Company in relation with the operation of the Card, Programme or business of the Company (such as but not limited to professional advisers, customer call centre service providers, gift redemption centres or data entry companies);

(iii) any of our affiliates which owe a duty of care to Company; and

(iv) any law enforcement agency and/or regulatory body for compliance with applicable laws, rules, regulations, codes and/or guidelines and/or any person or entity to whom the Company and/or its affiliates are under a binding obligation to make disclosure under the requirements of any law, rule, regulations, code and/or guideline and/or order of any competent court of law, law enforcement agencies and/or regulatory bodies.

(h) While nothing in the terms and conditions stated herein shall limit your rights under the PDPA, you shall also have the right to limit the processing of your personal data at any time hereinafter pursuant to any applicable laws.

(i) Members may:

(a) access their personal data stored with Bites; or
(b) to effect any amendments therein; or
(c) to provide any feedback to the Company

by contacting us via email at dpo@thefoodpurveyor.com or contact us at the following address:

The Data Protection Officer
TFP RETAIL SDN. BHD.
D-1-5, Sunway Nexis,
No.1, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor,Malaysia.
Tel: 603-6143 1366


6. Exclusion of Liability

(a) The Company shall not be liable for any loss of accumulated Bites Points or loss or damage suffered resulting from any defect or error in any machines or inability to retrieve any information or data from the computer system beyond the control of the Company.

(b) Without prejudice to any other terms and conditions set out herein, the liability the Company owe to the Member arising out of the use of the Card or the redemption of rewards which cannot be excluded by law, shall be limited to the reinstatement of such Bites Points or cost of such rewards as the Company shall at its discretion determine.

(c) The Company shall not be liable for any loss or damage caused to the Member arising from any act or omission of the Company’s appointed agents and contractors or suppliers including without limitation, any refusal to honour or accept the Card or any statement or other communication made in connection herewith or any defective or deficient goods or services supplied. Any dispute or claim the Member may have with or against the Company’s appointed agents and contractors or suppliers shall not affect the obligations of the Member provided in the terms and conditions herein.

(d) All conditions and warranties, whether expressed or implied and whether arising under any legislation or otherwise, as to the condition, suitability, quality, fitness or safety of any goods and/or services supplied in relation to the Card are expressly excluded to the extent permitted by law.

(e) The Company shall not be liable howsoever for any errors, delays, loss or damage, which may be directly or indirectly due to breakdown, failure of equipment, machinery or the processor; or industry dispute, war, act of God, closedown due to pandemic, system failure and anything outside the control of the Company.

(f) The Company shall not be liable for any loss or damage suffered by Member due to the following reasons:

(i) any failure by the supplier of the Redeemable Items to abide by the terms and conditions on which it has agreed to provide therein;

(ii) any statement, communication or implication in any form arising from any revocation, suspension or restriction on the use of the Card; and

(iii) any failure or omission to notify the Member of any changes in the terms and conditions herein, Rewards Guide, participating companies, Qualifying Purchases and Bites Points awarded for Qualifying Purchases.

7. Dispute

Any claim or disputes relating to the Programme, or the use of the Card shall be referred directly to the Company. The decision of the Company shall be final and binding on Member.

8. Termination

The Company reserves the right to withdraw or terminate the Programme at any time without assigning any reasons. Upon notification of the withdrawal or termination, Member shall have THIRTY (30) days from the date of the notification or such period as the Company shall state in such notice, to redeem accumulated Bites Points for available Rewards. Upon expiry of the aforesaid notice, any Bites Points remaining in the Member’s Card shall be deemed null and invalidated. The Company shall have no obligations or liabilities in respect of such Bites Points, by way of compensation or otherwise, to the Member and the Member shall have no further claims whatsoever against the Company.

9. Miscellaneous


(a) Notice to the Member shall be deemed sufficiently served upon the uploading of such notice via the App or its latest version of the App or by way of written notice displayed at participating supermarkets, outlets, or suppliers of Rewards.

(b) Notwithstanding anything herein, the Company’s rights and entitlement shall continue to remain in full force and effect and shall survive any cancellation, revocation or suspension of the Programme, the use of the Card or matters relating to Member’s participation in the Programme.

(c) The invalidity or unenforceability of any of the provisions herein or any part thereof shall not substantially nullify the underlying terms and conditions herein. The invalid or unenforceable provisions of the aforesaid terms and conditions herein shall not affect the other terms and provisions contained which shall remain in full force and effect.

(d) The terms and conditions herein stated shall be in addition to and not in derogation of any specific agreement or arrangement with regard to the Programme now or hereafter, and from time to time, subsisting between the Company and Member or any terms and conditions that may be specified in any written communication sent by the Company to Member from time to time.

(e) Any abuse or fraud with respect to Bites Points under the Programme or redemption of Rewards shall result in the cancellation of Member’s participation in the Programme, cancellation of the Card and revocation of Bites Points or return of redeemed Rewards (or its reasonable compensation thereto).

(f) The Company reserves the right to cancel any Cards that have not been used for any continuous period of TWELVE (12) months and forfeit any Bites Points accumulated thereunder.

(g) Subject to the rights of the Member provided in the PDPA Act and subject to the terms of and conditions provided herein, the Company shall have the right to assign, at any time, to any affiliate or third party, the ownership of the Cards and/or the Member’s account in respect of the Programme and/or any of its rights, obligations or liabilities hereunder, without the consent of Member.

(h) The laws of Malaysia shall govern the terms and conditions herein between the Company and Member. The parties hereby submit irrevocably to the jurisdiction of the Courts of Malaysia.

 


(The remaining of this page is left blank intentionally)

Copyright © 2022 TFP Retail Sdn. Bhd. 201301018031 (1047864-H). All Rights Reserved. | Terms & Conditions