Siaran Media

TFP tutup tawaran Diskaun Pekerja Kesihatan setelah RM800 ribu diberikan.

KUALA LUMPUR, 21 OKTOBER: The Food Purveyor (TFP) – pengendali Village Grocer, Ben’s Independent Grocer, BSC Fine Foods, Leisure Grocer dan Pasaraya OTK, baru-baru ini telah menamatkan tawaran diskaun 10 peratus kepada semua pekerja kesihatan di seluruh cawangannya yang bermula sejak Januari 2021. 

TFP berbangga kerana kempen tersebut berjaya meraih sambutan positif dalam kalangan pekerja kesihatan dan telah memberikan diskaun lebih daripada RM800,000 kepada pekerja barisan hadapan negara yang telah bekerja keras.

Tawaran ini mula diperkenalkan pada April 2020 untuk memberi menggurangkan bebanan kepada pekerja kesihatan yang telah bekerja keras dalam melawan pandemik Covid-19 demi negara. Sambutan yang menggalakkan oleh pekerja kesihatan telah membuktikan bahawa inisiatif ini amat dihargai.

“Kami menyedari kesukaran yang dihadapi oleh pekerja kesihatan, daripada berhadapan dengan virus yang mengancam nyawa kepada beban kerja yang berlebihan di semua sektor. Kami memutuskan untuk memberi diskaun pembelian barang runcit sebagai sumbangan kecil dalam meringankan beban mereka dan menunjukkan penghargaan TFP terhadap usaha mereka.

Pada masa yang sukar ini, kami berterima kasih kepada semua pekerja kesihatan atas usaha berterusan mereka dan amat berbesar hati apabila tawaran diskaun tersebut terbukti dikenali ramai,” kata Geoff King, Ketua Pegawai Eksekutif TFP.

Dengan Malaysia yang semakin pulih daripada wabak Covid-19 dan jumlah pesakit baharu yang semakin menurun, TFP amat gembira kerana kempen tawaran ini berjaya memenuhi objektifnya.

Walaupun tawaran diskaun kepada pekerja kesihatan telah ditamatkan, TFP merancang untuk menawarkan kembali tawaran tersebut serta tawaran yang serupa dari semasa ke semasa kepada angkatan tentera, polis, bomba pada tahun 2022.

-TAMAT-

Untuk pertanyaan media, sila hubungi, pr@thefoodpurveyor.com

Penggunaan mana-mana visual/foto di laman web ini tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang sama sekali. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan imej dari laman web ini dengan menghubungi pr@thefoodpurveyor.com

Copyright © 2022 TFP Retail Sdn. Bhd. 201301018031 (1047864-H). All Rights Reserved. | Terms & Conditions